12 Ogos 2015 – Rabu

Pagi tidak kemana-mana. Tengahari lepas solat, kami gerak ke Washibetsu (鷲別) eki menaiki bas. Dari sini kami menaiki densha ke Touya eki (洞爺駅). Tetapi malangnya kami terlupa tukar densha di higashimuroran eki (東室蘭). Kami terpaksa menunggu selama dua jam untuk menaiki densha seterusnya. Sampai di Touya sudah petang. Pada mulanya, ingin melihat Tasik Touya (洞爺湖) tetapi sudah terlalu petang dan terllau jauh untuk berjalan kaki, kami lupakan hasrat kami. Makanya, kami lepak di tepi pantai dan meliha matahari terbenam. Dalam perjalanan pulang, kami menaiki 特急 iaitu limited express train. Sangat laju tepi tidak selaju 新幹線.

Advertisements

11 Ogos 2015 – Selasa

Sampai di Perlabuhan Tomakomai (苫小牧) pada pukul 10:50 pagi camtu. Terus pergi Tomakomai ekguna bas. Lepas tu beli tiket 18 seishun dan bergerak ke Noboribetsu (登別) eki guna densha. Kami naik bas ke Noboribetsu onsen. Di situ ade bear park, jigokudani (Hell Valley) dan Ooyunuma Lake. Jigokudani dan Ouyunuma Lake ni adalah gunung berapi. Setelah lama berjalan, kami rendam kaki di tepi sungai yang mengalir berpunca dari Tasik Ooyunuma. Lepas tu, kami ke tanjung apetah nama. Teruskan perjalanan densha kami dan turun di Higashimuroran eki (東室蘭). Malam tu, tidur di rumah Anuar SB.

28 Ogos 2014 – Khamis

Pagi ni, tak buat apa-apa. Cuma menunggu ketibaan AG Afiq. Tengah hari dia sampai di rumah Muhsin. Lepas Asar, kami bertolak ke Odaiba. Pergi makan kat The Oven. Lepas tu tengok Gundam skala 1:1. Lepas tu balik rumah untuk berehat. Hari ni hari terakhir catatan perjalananku pada musim panas 2014 di Jepun.

25 Ogos 2014 – Isnin

Hari ni Muhsin bawa kami pusing Tokyo. Pertama sekali makan tengah hari di Restoran Makanan Malaysia. Lama gila x makan di restoran makan Malaysia. Restoran tersebut terletak di Shibuya. Lepas itu, kami ke Shibuya Crossing, tempat di mana orang paling ramai melintas. Kami juga tengok tugu Hachiko. Lepas tu, kami ke Hamamatsu-cho. Kami ke Pokemon Centre. Seterusnya ke Akihabara.Tengok tempat figura anime. Lepas tu, makan kebab kat restoran Turki yang ada di situ. Malam kami balik dan berehat.